Cinta hakiki adalah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana bersatu dalam hati bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.
Kereta dicipta dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitu jugalah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta kini banyak meruntuhan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.
Hukum cinta perlu dipatuhi agar matlamat penciptaannya tercapai. Cintailah sesiapun asalkan cintaitu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya utuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak cinta kita kepada Allah melebihi kehendak cinta kita kepada yang lain. Cinta

Kebiasaannya cinta yang suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan, itu ertinya cinta nafsu.
Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya dibina atas dasar cinta kepada Allah, jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berbeza dalam satu masa sebag

-petikan dari artikel Remaja & Cinta, Kelab Remaja JIM Johor
0 ulasan:
Catat Ulasan